Tuesday, May 17, 2011

Muqaddimah kehidupan.

Alhamdulillah tanda merasakan kesyukuran kita kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita tanpa sebarang balasan bahkan kita patut mensyukuri nikmat kehidupan ini.Sememangnya permulaan perjalanan hidup akan membentuk sikap dan cara individu itu sendiri.Jika dimulakan dengan tarbiah yang disandarkan kepada Al quran Dan As sunnah maka peribadi muslim akan jelas terbentuk pada akhlak individu itu sendiri.

 Di sini ingin saya kongsikan beberapa artikel yang dirasakan dapat memberi manfaat.Insyaallah ini sebagai permulaan tinta saya di alam maya...

Contoh tarbiyah dari sumber wahyu yang lain yang  digemari ialah kisah Nabi Musa a.s. Kisah Nabi Musa a.s terlalu banyak di dalam al-Quran. Satu episod demi episod. Semuanya penuh cemas, semuanya menduga hati dan perasaan pembaca al-Quran. Semuanya penuh dengan babak yang mengejutkan. Bayangkan tarbiyah Allah sudah bermula sewaktu ibu Nabi Musa menghayutkannya di sungai. Babak tarbiyah Nabi Musa a.s seterusnya bermula di istana yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Firaun. Suasana yang mentarbiyah Nabi Musa bermula dengan seorang raja Mesir bergelar Firaun yang secara tiba-tiba merasa amat berkuasa dan mengaku sebagai Tuhan. Iklim yang menambat kehidupan awal Nabi Musa a.s ialah pembunuhan anak lelaki dan penghidupan buat anak perempuan. Putar-belit dalam masyarakatnya dibayangi oleh sistem hamba. Sesiapa yang berketurunan Qibti, maka dia yang mulia. manakala bangsa lain seperti bani Israel adalah hina dina. Masyarakat terlalu takut untuk bangkit dan bersuara. Takut untuk jelaskan kebenaran. Jika meminta-minta pembelaan, akan menemui penjara ataupun berakhir dengan pembunuhan. Acuan inilah yang menjadikan Nabi Musa a.s sentiasa bertentangan. Manakah yang benar. Manakah yang palsu. Manakah yang betul. manakah yang hanya jelmaan dan sihir. Akhirnya Allah alihkan sebentar ke Madyan. Nabi Musa membawa diri dan menemui seorang Nabi yang sezaman. Hampir sepuluh tahun bersama Nabi Syua’ib menyegarkan kembali akidah, karekter dan kekuatan jasadnya. Baginda menternak (seperti tarbiyah Allah ke atas Nabi Muhammad). Episod seterusnya di sebuah Wadi yang suci di mana baginda diberikan perlantikan sebagai Nabi untuk kembali. Kembali ke tanahair yang telah lama ditinggalkan. Kembali untuk menunaikan janji dan amanah. Hatinya ditarik-tarik dari Madyan ke perlembahan Nil. Pulang untuk apa? Pulang untuk dihukum penjara? Tetapi baginda tahu, setiap saat hidupnya adalah di bawah proses kawalan dan tarbiyah dari Allah. Baginda perlu temui Firaun yang durjana. Baginda perlu kembali sekalipun terpaksa berjalan dengan dua anak jari,
Banyak lagi jika boleh chemek perleraikan satu persatu tarbiyah yang dilalui oleh baginda. Bukankah baginda mengadu dan meminta bantuan dari Allah. Lantas dikurniakan jalan bahawa dakwah tidak boleh hanya untuk individu. Secara kolektif Nabi Harun ditugaskan membantu Nabi Musa a.s. Tarbiyah organisasi bermula di sini. Tarbiyah untuk mengasah ketumpulan dan kelemahan berlaku. Tarbiyah untuk mencari keberanian juga berlaku. Ingat pada doa Nabi Musa?
Kisah Nabi Musa a.s menunjukkan kepada kita bahawa tarbiyah adalah suatu proses sepanjang hayat. Tentu sahabat-sahabat semua ingat akan tiga peristiwa yang berlaku sewaktu baginda bermufasir bersama seorang hamba Allah yang diberikan ilmu dari sisi-Nya. Boleh rujuk surah al-Kahfi. Ataupun boleh rujuk kisah baginda di sini. Pendek kata, tarbiyah bukan hanya tarbiyah satu penjuru. Tetapi banyak segi. Ada tarbiyah akidah. Ada juga tarbiyah ilmiyah, ruhiyyah, fikriyyah, siyasiyah, dan berbagai-bagai lagi yang akan dijelaskan nanti jika berkesempatan.

No comments:

Post a Comment