'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.
'Ada sesiapa yang boleh jawab?' Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz, Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.
'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyah itu?'
Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.
Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'
'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.
Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.
'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebenar?'
'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.
'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulullah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.
Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.
'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulullah juga berdakwah dan Rasulullah juga ditarbiyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulullah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.
Keadaan sepi sebentar.
'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.
Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.
'TAQWA”. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwalah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyah'
'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam HALAQAH ini?'
Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.
'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.
'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'
Mereka menggangguk.
'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.
'Antum faham tak maksud ana?'
"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.
'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.
'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'
'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulullah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulullah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.
'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.
'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulullah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.
'Rasulullah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.
Subhanallah.
'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'
Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.
'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqa' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.
'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.
'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.
Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.
Sebaliknya agama ialah pakaian. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.
Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.
Langkah menuju Redha-Mu
Indahnya kehidupan jika mengikut Ketentuan Ilahi.
Saturday, May 21, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Kewajipan dakwah
![]() |
| Add caption |
Hish.., Sebab Apa Aku Perlu dakwah-dakwah ni..?? 'Layakkah saya berdakwah?', tanya seorang rakan kepada saya. 'Kenapa tanya soalan begini?' 'Erm. Saya ni jahat, selalu buat dosa. Ilmu agama saya cetek. Amal soleh saya sedikit. Saya tak layak' Oh. Nampaknya kamu sudah salah faham.... Dakwah: Mengapa ia perlu? Mengapa kita dituntut untuk berdakwah? 'Kerana Allah suruh'. 'Tapi, mengapa Allah suruh?' Senyap. 'Ayuh. Jawablah, mengapa Allah suruh kita berdakwah?' Sepi. 'Maaf, saya tidak tahu...'
Ya, tak ramai dalam kalangan 'orang dakwah' faham mengapa dakwah ini difardukan kepada kita. Banyak sebab sebenarnya! Jika kita ada usaha untuk 'menggali' maksud ayat-ayat al-Quran, pasti kita akan faham mengapa Allah menyuruh kita berdakwah. Sebab Satu: Kerana Allah mahu menjadikan kita insan beriman. Apa maksud iman? Iman ialah meyakini kekuasaan Allah dengan hati, mengakui dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Siapakah manusia yang paling beriman diatas dunia ini?
Rasulallah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a, para sahabat dan seterusnya generasi-generasi selepas mereka. Bagaimana mereka mendapat iman? Jawapannya satu, iaitu kerana mereka berdakwah. Rasulallah ialah seorang manusia. Dan setiap manusia, belajar. Rasulallah juga belajar. Siapa guru Baginda? Allah. Apa yang Allah ajar? Wahyu. Maka, kita perlu kembali kepada wahyu... Perasan atau tidak, dalam banyak tempat di dalam al-Quran, Allah memulakan firman-Nya dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'katakanlah'. Ini yang Allah ajar kepada Rasulallah- 'Cakaplah, beritahulah dan sampaikanlah wahyu'. Inilah dia dakwah. Kita bercakap tentang perintah-perintah Allah. Kita beritahu tentang larangan-larangan Allah. Dan kita sampaikan berita-berita dari Allah. Dan inilah yang dilaksanakan oleh Rasulallah, dan diteruskan oleh para sahabat serta generasi selepas mereka.
Apa yang mereka dapat dengan 'bercakap?' Mereka mendapat keimanan. Mereka dapat keyakinan, dan mereka mendapat perasaan 'dekat' dengan Allah. Beritahu saya, siapakah dalam kalangan sahabat Rasulallah yang tidak berdakwah? Tiada. Semuanya berdakwah. Maka, jelas bahawa kita perlu bercakap tentang keesaan Allah, supaya ia hadir dalam diri kita. Sebab Dua : Kerana Allah mahu menguji kita. Allah paling hebat. Tiada keraguan tentang fakta itu. Tapi, Allah sengaja tidak jadikan semua manusia ini islam. Mengapa? Bukankah Allah berkuasa untuk melakukan sedemikian? Ya, Allah mampu mengislamkan semua manusia di muka bumi ini. Tapi Allah tidak buat begitu. Mesti ada sebab. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"-al ankabut ayat 2. Allah mahu uji kita. Dan inilah tanda Allah sangat adil. Ya, Allah adil. Dia beri kita ujian. Dan Allah juga sediakan ganjaran, habuan bahkan, denda juga.
Sesiapa yang lulus ujian, maka dia dibalas syurga dan siapa gagal, maka dia akan dibalas dengan neraka. Theory wise, senang. Tapi praktikal, belum tentu... Tanggungjawab berdakwah juga ialah satu bentuk ujian kepada kita. It is a must. Sebab Tiga: Keselamatan. Satu analogi. Kita berada dalam satu kapal yang besar. Kapal mewah 2 tingkat. Kita berada di tingkat atas. Di tingkat bawah, ada beberapa orang manusia 'nakal' yang sedang berusaha menebuk lubang pada kapal itu. Alasan mereka, mereka mahu membuat lubang di dasar kapal kerana mahu memasang jala dari dasar kapal. Logiknya, lebih dalam, lebih banyak ikan. Kita yang berada di tingkat atas tahu bahawa jika mereka membuat lubang juga, kapal ini akan karam. Lalu, apa tindakan kita untuk 'menjawab' alasan mereka yang jahil itu? Adakah kita akan membiarkan, lalu kita turut sama karam. Atau, adakah kita akan katakan 'Stop! Jangan buat' kepada mereka? Inilah dakwah. Kita memberitahu kesan-kesan perbuatan salah mereka.
At the end, bukan setakat mereka yang selamat, kita juga akan selamat. Sebab Empat: Cinta Satu lagi analogi. Kita ada satu ekar kebun. Disebelah kebun kita, ada satu ekar lagi kebun milik orang lain. Kebun kita ini baik. Kita potong semak samun dan kita bagi ia lapang. Tapi kebun jiran kita tidak. Kebunnya penuh dengan semak samun. Bahkan pasti, ada hidupan berbisa seperti ular di kebunnya. Kebun kita tidak ada ular, tapi kebunnya ada ular. Satu hari, ular yang mendiami semak samun itu masuk ke dalam kebun kita. Boleh bayangkan apa terjadi? Ya. Kita akan dipatuk ular. Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah! Sebab Lima: Kerana Islam menjaga.
Dahulu, ketika virus H1N1 sedang menular, semua orang dituntut untuk memakai topeng. Sesiapa yang terkena jangkitan wabak ini pula, akan dikuarantin. Mengapa? kerana kita tahu bahaya nya virus ini. Virus H1N1 ini kita boleh ibaratkan sebagai dosa. Dosa, sifatnya ialah ia akan merosakkan diri kita, dan juga diri orang lain. Maka, orang yang berdosa ialah orang yang 'memberi ancaman' kepada kita. Mari kita merenung sebentar. Apakah dosa yang memberi manfaat kepada kita? mencuri? membunuh? mengumpat? mengeji? membuka aurat? berzina? arak? judi? Inilah dia islam. Dalam islam, apa-apa saja perkara yang memberi mudharat adalah haram, kerana islam menjaga 5 aspek kehidupan. Islam menjaga akal kita. Kerana itu, arak haram. Islam menjaga harta kita. Kerana itu, judi haram. Islam menjaga keturunan kita. Kerana itu jugalah zina diharamkan. Islam juga menjaga diri kita. Kerana itu jugalah Islam melarang kita dari mencederakan diri dengan sengaja seperti ritual agama-agama lain.
Dan paling utama, islam menjaga akidah kita. Kerana itu kita dilarang syirik dan khurafat. Mahu selamat di dunia dan diakhirat? -Tinggalkan dosa. -Tinggalkan maksiat. Dan, ajak manusia dia sekeliling kita untuk meninggalkan dosa serta maksiat bersama-sama kita. Sebab Enam- Lombong pahala. Kita banyak dosa. Siapa mahu mengaku bahawa diri dia tidak punya dosa? Dosa dan pahala silih berganti. Jadi, bagaimana mahu menambah pahala? Pahala adalah seumpama duit. Namun, ia tidak laku untuk membeli apapun kecuali syurga. Hanya syurga sahaja yang mampu 'dibeli' dengan pahala. Dan disisi Allah, atas sebab adilnya Allah, Dia sediakan satu tempat kita menimbang, al mizan. Disana, kita akan dikira dengan penuh teliti dan adil. Malangnya, nyata dosa kita lebih berat berbanding pahala. Maka, terkulat-kulat kita disitu tercari-cari pahala. Ada kah? Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.
Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun" -Riwayat Muslim Sebab Tujuh: Memudahkan amal. Apakah dakwah yang paling kerap kita dengar? Ya.azan. 'Hayya ala solaah'- mari bersolat. Itu dakwah yang istimewa. Kerana itu, syariat nya hanya 5 kali sehari. Orang yang nak menyeru, pasti akan datang dahulu kepada apa yang diserunya. Contoh lain. Jika seorang ibu mahu mengejutkan anaknya untuk bangun awal pagi untuk ke sekolah, si ibu harus terlebih dahulu bangun 30 minit lebih awal dari si anak. Kerana itulah orang yang buat dakwah, mereka lebih mudah untuk beramal kerana ada 2 force yang push mereka, iaitu 'ini perintah Allah' dan juga 'aku ajak orang, aku kena buat lah'.
Sekarang, tahulah kita sebab apa kita susah nak beramal, iaitu kerana kita telah meninggalkan dakwah. Kesimpulan Dakwah itu seumpama ubat sakit kronik. Kita boleh memilih untuk makan atau tidak, tapi kita sedia maklum akan kesan jika kita tidak makan.. ~ Ingat, dakwah ialah untuk mendapat iman, bukan untuk mendapat habuan dunia...
Muqaddimah kehidupan.
Alhamdulillah tanda merasakan kesyukuran kita kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita tanpa sebarang balasan bahkan kita patut mensyukuri nikmat kehidupan ini.Sememangnya permulaan perjalanan hidup akan membentuk sikap dan cara individu itu sendiri.Jika dimulakan dengan tarbiah yang disandarkan kepada Al quran Dan As sunnah maka peribadi muslim akan jelas terbentuk pada akhlak individu itu sendiri.
Di sini ingin saya kongsikan beberapa artikel yang dirasakan dapat memberi manfaat.Insyaallah ini sebagai permulaan tinta saya di alam maya...
Di sini ingin saya kongsikan beberapa artikel yang dirasakan dapat memberi manfaat.Insyaallah ini sebagai permulaan tinta saya di alam maya...
Contoh tarbiyah dari sumber wahyu yang lain yang digemari ialah kisah Nabi Musa a.s. Kisah Nabi Musa a.s terlalu banyak di dalam al-Quran. Satu episod demi episod. Semuanya penuh cemas, semuanya menduga hati dan perasaan pembaca al-Quran. Semuanya penuh dengan babak yang mengejutkan. Bayangkan tarbiyah Allah sudah bermula sewaktu ibu Nabi Musa menghayutkannya di sungai. Babak tarbiyah Nabi Musa a.s seterusnya bermula di istana yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Firaun. Suasana yang mentarbiyah Nabi Musa bermula dengan seorang raja Mesir bergelar Firaun yang secara tiba-tiba merasa amat berkuasa dan mengaku sebagai Tuhan. Iklim yang menambat kehidupan awal Nabi Musa a.s ialah pembunuhan anak lelaki dan penghidupan buat anak perempuan. Putar-belit dalam masyarakatnya dibayangi oleh sistem hamba. Sesiapa yang berketurunan Qibti, maka dia yang mulia. manakala bangsa lain seperti bani Israel adalah hina dina. Masyarakat terlalu takut untuk bangkit dan bersuara. Takut untuk jelaskan kebenaran. Jika meminta-minta pembelaan, akan menemui penjara ataupun berakhir dengan pembunuhan. Acuan inilah yang menjadikan Nabi Musa a.s sentiasa bertentangan. Manakah yang benar. Manakah yang palsu. Manakah yang betul. manakah yang hanya jelmaan dan sihir. Akhirnya Allah alihkan sebentar ke Madyan. Nabi Musa membawa diri dan menemui seorang Nabi yang sezaman. Hampir sepuluh tahun bersama Nabi Syua’ib menyegarkan kembali akidah, karekter dan kekuatan jasadnya. Baginda menternak (seperti tarbiyah Allah ke atas Nabi Muhammad). Episod seterusnya di sebuah Wadi yang suci di mana baginda diberikan perlantikan sebagai Nabi untuk kembali. Kembali ke tanahair yang telah lama ditinggalkan. Kembali untuk menunaikan janji dan amanah. Hatinya ditarik-tarik dari Madyan ke perlembahan Nil. Pulang untuk apa? Pulang untuk dihukum penjara? Tetapi baginda tahu, setiap saat hidupnya adalah di bawah proses kawalan dan tarbiyah dari Allah. Baginda perlu temui Firaun yang durjana. Baginda perlu kembali sekalipun terpaksa berjalan dengan dua anak jari,
Banyak lagi jika boleh chemek perleraikan satu persatu tarbiyah yang dilalui oleh baginda. Bukankah baginda mengadu dan meminta bantuan dari Allah. Lantas dikurniakan jalan bahawa dakwah tidak boleh hanya untuk individu. Secara kolektif Nabi Harun ditugaskan membantu Nabi Musa a.s. Tarbiyah organisasi bermula di sini. Tarbiyah untuk mengasah ketumpulan dan kelemahan berlaku. Tarbiyah untuk mencari keberanian juga berlaku. Ingat pada doa Nabi Musa?
Kisah Nabi Musa a.s menunjukkan kepada kita bahawa tarbiyah adalah suatu proses sepanjang hayat. Tentu sahabat-sahabat semua ingat akan tiga peristiwa yang berlaku sewaktu baginda bermufasir bersama seorang hamba Allah yang diberikan ilmu dari sisi-Nya. Boleh rujuk surah al-Kahfi. Ataupun boleh rujuk kisah baginda di sini. Pendek kata, tarbiyah bukan hanya tarbiyah satu penjuru. Tetapi banyak segi. Ada tarbiyah akidah. Ada juga tarbiyah ilmiyah, ruhiyyah, fikriyyah, siyasiyah, dan berbagai-bagai lagi yang akan dijelaskan nanti jika berkesempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


